Semua anjing di Sarawak wajib disuntik vaksin rabies


Desmond Davidson

Wabak rabies melanda Sarawak dan sehingga kini sudah menyebabkan tujuh orang terbunuh. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Febuari, 2018.

SEMUA pemilik anjing di Sarawak kini wajib mendapatkan suntikan vaksin penyakit rabies untuk anjing peliharaan mereka.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri Douglas Uggah yang mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menandatangani arahan vaksin anti rabies yang memerlukan semua anjing termasuk di kawasan pendalaman disuntik vaksin.

“Kami sedang memasuki peringkat seterusnya dalam usaha memerangi rabies,” kata Unggah kepada wartawan ketika melawat pusat vaksinisasi di MJC di Baru Kawa, Kuching pagi ini.

Penyakit rabies atau anjing gila itu tercetus pada Julai tahun lepas di daerah Serian, 64 km dari Kuching dan setakat ini sudah menyebabkan tujuh orang terbunuh.

Empat daripada mangsa wabak itu adalah kanak-kanak berumur antara empat dan tujuh tahun, manakala mangsa paling tua adalah lelaki berusia 52 tahun.

Semua mereka digigit anjing yang dijangkiti penyakit itu.

“Semua anjing di Sarawak perlu divaksin,” katanya ketika wabak rabies tidak menunjukkan petanda semakin pulih. – 3 Febuari, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen