KEDUTAAN Besar China di Filipina menyumbang lebih 100,000 botol air minuman kepada Kementerian Pertahanan Filipina di kawasan terjejas bencana taufan Rai.
Kedutaan dan persatuan penduduk Cina di negara itu turut menderma wang berjumlah sejuta Peso (RM81,000) bagi membantu mereka yang terjejas.
Terdahulu, barangan bantuan bencana hasil sumbangan kerajaan China selamat tiba di bandar Surigao, Surigau Utara.
Untuk rekod, taufan gergasi Rai melanda Filipina sejak 16 Disember dan Surigau Utara antara kawasan paling terjejas.
Pejabat konsulat China di Davao, bersama-sama dengan persatuan orang Cina dan perantau China segera memberi bantuan beg makanan, air minuman dan beras. – Bernama, 30 Disember, 2021.
Komen