Bekas bangunan Parlimen Australia terbakar


Bekas bangunan Parlimen Australia terbakar apabila berlaku tunjuk perasaan di premis berkenaan. – Gambar EPA, 30 Disember, 2021.

BEKAS bangunan Parlimen Australia terbakar ketika tunjuk perasaan diadakan di premis berkenaan, kata seorang pegawai.

Kebakaran berlaku apabila polis memusnahkan upacara merokok tradisional Orang Asli oleh sebilangan kecil aktivis di pintu masuk bangunan berkenaan.

Bangunan Canberra menjadi lokasi Parlimen Persekutuan dari 1927 hingga 1988 kini dijadikan Muzium Demokrasi Australia.

Muzium itu dalam satu kenyataan berkata ia ditutup sehingga diberitahu kelak sementara mereka menangani kerosakan kebakaran yang disebabkan oleh penunjuk perasaan.

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai tahap kerosakan tetapi imej menunjukkan api dan asap datang dari dua pintu kayu di pintu masuk bangunan itu.

Sebahagian besar bangunan itu tidak rosak dana pi dikatakan berjaya dipadamkan dengan cepat.

Aktivis Albert Hartnett dalam catatan di Facebook berkata polis menggunakan semburan lada untuk menghalang demonstrasi yang didakwanya menyebabkan bumbung bangunan itu terbakar.

Bangunan yang tersenarai dalam Daftar Warisan Kebangsaan menjadi lokasi kepada beberapa siri protes oleh “Kedutaan Khemah Orang Asli” sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Bantahan sebelum ini termasuk menyalakan api di pintu bangunan dan dikatakan dikaitkan dengan kumpulan rakyat yang berdaulat.

Perdana Menteri Scott Morrison berkata beliau “jijik” dan “terkejut” dengan serangan terhadap apa yang disebutnya sebagai simbol demokrasi.

“Rakyat harus berdepan akibat daripada tindakan mereka,” katanya. – AFP, 30 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen