EMPAT tentera Mali terbunuh dan kira-kira puluhan yang lain cedera apabila mereka diserang di barat daerah itu, kata tentera hari ini.
Angkatan Bersenjata Mali (FAMA) berkata serangan itu berlaku lewat Selasa lepas di wilayah negara di mana pejuang jihad menyerang tentera sebelum ini.
“Satu unit FAMA di wilayah Nara menjadi sasaran serangan canggih yang menggabungkan IED (Peranti Letupan Improvisasi) dan senjata berat,” kata tentera dalam satu kenyataan.
Mereka berkata empat tentera maut dan puluhan lain cedera parah.
Bagaimanapun mereka tidak menyatakan siapa yang melakukan serangan itu.
Mali adalah pusat pemberontakan jihad yang bermula di utara negara itu pda 2012 dan merebak tiga tahun kemudian ke negara jiran Niger dan Burkina Faso.
Beribu-ribu orang di seluruh rantau ini maut dan kira-kira dua juta kehilangan tempat tinggal akibat konflik itu.
Walaupun kehadiran tentera Perancis dan PBB, konflik itu merebak ke negara Burkina Faso dan Niger.
Perancis campur tangan pada 2013 dan kini mempunyai kira-kira 5,000 tentera di rantau ini tetapi merancang untuk menurunkan jumlah itu kepada 2,500-3,000 menjelang 2023.
Lingkaran keganasan berterusan walaupun berlaku rampasan kuasa yang membawa tentera berkuasa di Bamako pada 2020. – AFP, 30 Disember, 2021.
Komen