8 maut termasuk kanak-kanak insiden tembakan di Mexico


Sejak kerajaan Mexico melancarkan operasi antidadah pada 2006, lebih 300,000 pembunuhan melibatkan bergaduhan kartel. – Gambar AFP, 30 Disember, 2021.

SEKURANG-KURANGNYA lapan orang, termasuk dua kanak-kanak, maut dalam kejadian tembakan di wilayah tengah Mexico yang dilanda peperangan antara kartel dadah yang saling bersaing, kata pihak berkuasa hari ini.

Dua lelaki bersenjata yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah rumah di perbandaran Silao di negeri Guanajuato pada lewat Selasa, menurut pejabat pendakwa raya wilayah.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dan 16 tahun adalah antara yang maut, katanya.

Guanajuato menjadi salah satu negeri paling ganas di Mexico akibat pertempuran antara kartel Santa Rosa de Lima dan Jalisco Generasi Baharu.

Kumpulan itu berebut untuk mengawal rangkaian pengedaran dadah yang menguntungkan dan pasaran bahan api curi.

Dua serangan serupa menyebabkan 11 orang terbunuh di Silao pada pertengahan November.

Sejak 2006 apabila kerajaan melancarkan operasi ketenteraan antidadah yang kontroversi, Mexico merekodkan lebih 300,000 pembunuhan, menurut angka rasmi. – AFP, 30 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen