Lukashenko, Putin bakal adakan pertemuan 2 hala di St. Petersburg


Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari Belarus, Alexander Lukashenko akan mengadakan pertemuan dua hala di St. Petersburg hari ini. – Gambar EPA, 29 Disember, 2021.

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari Belarus, Alexander Lukashenko akan mengadakan pertemuan dua hala di St. Petersburg hari ini bersempena sidang kemuncak tidak rasmi peringkat tertinggi Komanwel.

Menurut Sputnik, para pemimpin dijadual merumuskan keputusan 2021 serta membincangkan isu mengenai kerjasama dua hala, perdagangan, ekonomi dan ketenteraan. 

Para presiden juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai agenda serantau serta isu antarabangsa dengan kepentingan bersama.

Lukashenko dan Putin dijangka membincangkan hubungan antara Rusia dan Belarus dalam rangka Negara Kesatuan (Union State), hubungan dengan negara-negara Barat, situasi di timur Ukraine dan draf pindaan terhadap perlembagaan Belarus. – Bernama, 29 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen