Jepun terima pakai program tangani kesepian, isolasi sosial


Jepun terima pakai program menangani masalah kesepian dan isolasi sosial yang memerlukan penubuhan khidmat rundingan sepanjang masa. – Gambar EPA, 28 Disember, 2021.

JEPUN menerima pakai program menangani masalah kesepian dan isolasi sosial yang memerlukan penubuhan khidmat rundingan sepanjang masa, lapor Sputnik.

“Saya mahu kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan bekerjasama dalam membantu pelaksanaan rancangan ini. Setiap kementerian dan struktur harus pertimbangkan pendapat yang diterima dan bertindak mengambil kira pendapat itu,” kata Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.

Pelbagai platform dijangka dibangunkan bagi membantu mereka yang kesepian serta menolong dalam usaha mencari pekerjaan, menurut media.

Februari lalu, kerajaan melantik Tetsushi Sakamoto sebagai menteri pertama bagi hal ehwal kesepian, memandangkan ia menjadi masalah sosial yang parah di negara itu, serta diburukkan lagi dengan pandemik Covid-19. – Bernama, 28 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen