India catat 6,358 kes baharu Covid-19, 653 varian Omicron


India lapor 6,358 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes 34,799,691. – Gambar EPA, 28 Disember, 2021.

INDIA melaporkan 6,358 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes 34,799,691, menurut data terkini kementerian kesihatan, lapor Xinhua.

Sebanyak 293 kematian direkodkan akibat wabak itu sejak pagi Isnin, menjadikan angka korban terkini mencecah 480,290.

Terdapat 75,456 kes aktif Covid-19 dilaporkan walaupun penurunan sebanyak 385 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Sebanyak 34,243,945 kes sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital setakat ini, dan 6,450 daripadanya dibenarkan pulang dalam tempoh 24 jam lalu.

Sementara itu, jumlah kes melibatkan varian Omicron mencecah 653, dan Maharashtra serta Delhi masing-masing melaporkan 167 dan 165 kes.

Sehingga kini 186 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah, menurut data Kementerian Kesihatan. – Bernama, 28 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen