Shenzhou-13: Misi EVA kedua berjaya 


Skrin besar di tengah Beijing memaparkan stesen angkasa lepas China, Tiangong.– Gambar EPA, 27 Disember, 2021.

ANGKASAWAN kapal angkasa lepas Shenzhou-13, Zhai Zhigang dan Ye Guangfu berjaya menyempurnakan aktiviti luar (EVA) kali kedua tepat pada 12.55 tengah malam tadi.

Menurut Jabatan Kejuruteraan Ankasawan Angkasa Lepas China (CMSEO), EVA kali ini yang juga merupakan EVA keempat di stesen angkasa lepas China itu diselesaikan selama enam jam, sebelum kedua-dua angkawasan pulang ke modul teras Tianhe.

Jelas CMSEO, antara misi yang berjaya diselesaikan kedua-dua angkasawan itu adalah mengalih kamera panorama C, memasang dan menguji peralatan yang berkaitan.

Selain itu, mereka juga turut memeriksa fungsi modul kunci kedap udara (airlock module), lengan mekanikal (mechanical arm) modul teras, serta melakukan ujian lanjut teknologi berkaitan EVA dan kemampuan penyelarasan antara angkawasan di dalam dan luar modul, serta komunikasi di angkasa lepas dengan bumi.

Dalam perkembangan lain, ketiga-tiga angkasawan di Shenzhou-13 turut berada dalam suasana yang baik untuk menyambut ketibaan tahun baharu 2022 pada Sabtu.

Untuk rekod, ini juga merupakan julung-julung kalinya angkasawan China meraikan tahun baharu di angkasa lepas. – Bernama, 27 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen