VIETNAM kini memiliki 23 lagi khazanah negara termasuk gendang gangsa Gia Phu milik kebudayaan Dong Son sejak abad kedua dan ketiga Sebelum Masihi (SM), menurut Agensi Berita Vietnam.
Agensi itu melaporkan Timbalan Perdana Menteri negara itu Vu Duc Dam menandatangani keputusan untuk mengiktiraf khazanah negara, yang antara lain adalah bekas menyimpan beras berbentuk silinder daripada budaya Dong Son, topeng emas Giong Lon abad pertama dan ketiga SM, yang masing-masing disimpan di muzium wilayah Lao Cai, Quang Ninh dan Ba Ria-Vung Tau.
“Arca Dewa Vishnu Binh Hoa pada abad ke-6-7; koleksi daun emas berbentuk gajah Go Thanh pada abad ke-6-8.
“Kekaki patung pemujaan A10 My Son di Tapak Warisan Budaya Dunia My Son di wilayah Quang Nam dan koleksi porselin kaca putih An Bien, antara yang turut disenaraikan sebagai khazanah negara,” lapor agensi itu. – Bernama, 27 Disember, 2021.
Komen