TUJUH pekerja maut dan beberapa lagi cedera dalam kejadian letupan dandang di sebuah kilang pemprosesan makanan di Bihar, timur India.
Menurut laporan media tempatan pada Ahad, mayat mereka yang terkorban dibawa keluar dari kawasan perindustrian di Muzaffarpur, 75 kilometer dari ibu negeri Patna.
Manakala, tujuh lagi cedera dan dimasukkan ke hospital.
“Kebiasaannya, terdapat 300 orang bertugas untuk dua syif pada hari biasa, tetapi disebabkan hari Ahad, hanya 30 pekerja ketika kejadian berlaku.
“Sebatang besi mengenai kepala saya ketika letupan. Saya berlari keluar dan melihat segalanya telah musnah,” kata seorang mangsa yang terselamat.
Kerajaan negeri telah mengarahkan siasatan dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian. – Bernama, 27 Disember, 2021.
Komen