KKM lapor 25 kematian baharu Covid-19


Seramai 31,315 orang menjadi korban wabak Covid-19 di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Disember, 2021.

MALAYSIA merekodkan 25 kematian disebabkan Covid-19 semalam, dengan empat kes adalah kematian dibawa ke hospital, kata Kementerian Kesihatan.

Data terbaru itu menjadikan jumlah korban wabak di Malaysia kini adalah 31,315 orang.

Jumlah kematian harian adalah kematian yang berlaku pada hari sama dan kematian yang baharu disahkan puncanya disebabkan Covid-19 selepas siasatan pihak berkuasa kesihatan.

Pangkalan data mentah KKM, GitHub, menunjukkan Selangor merekodkan jumlah kematian tertinggi semalam dengan enam orang.

Perak pula melaporkan empat kematian, tiga kematian dilaporkan masing-masing di Johor dan Pulau Pinang, manakala dua kematian pula masing-masing di Kelantan, Pahang dan Kuala Lumpur.

Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu pula masing-masing melaporkan satu kematian.

Tiada kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Kadar kematian disebabkan wabak di Malaysia kekal pada 0.8% setakat semalam, dengan purata kematian disebabkan Covid-19 adalah 11 orang per sejuta populasi. – 26 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen