804 pesakit Covid-19 masuk hospital semalam


KES kemasukan ke hospital disebabkan Covid-19 semalam berjumlah 804, kata Kementerian Kesihatan.

Ini adalah kali pertama kes kemasukan ke hospital jatuh ke bawah 900 sejak 20 Disember.

Kadar penggunaan katil hospital semasa adalah 63.3%, dengan 27.6% daripadanya melibatkan kes Covid-19.

Terdapat 211 kemasukan ke hospital di Lembah Klang yang merekodkan kadar penggunaan katil sebanyak 56.5%.

Daripada jumlah itu, Selangor melaporkan 184 kes, Kuala Lumpur (15) and Putrajaya (12).

Negeri lain yang turut melaporkan kes baharu kemasukan ke hospital adalah Johor (171), Kedah (29), Kelantan (82), Melaka (18), Negeri Sembilan (37), Pahang (43), Perak (47), Perlis (8), Pulau Pinang (20), Sabah (71), Sarawak (43), Terengganu (23) dan Labuan (1).

Semalam juga, 3,160 kes baharu Covid-19 dilaporkan.

Lembah Klang merekodkan jumlah kes tertinggi sebanyak 990 dengan 802 daripadanya dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur (159) dan Putrajaya (29).

Negeri lain yang turut melaporkan kes baharu adalah Johor (416), Kedah (192), Kelantan (391), Melaka (108), Negeri Sembilan (124), Pahang (200), Perak (164), Perlis (26), Pulau Pinang (210), Sabah (127), Sarawak (27), Terengganu (183) dan Labuan (2).

Dengan tambahan kes baharu itu, jumlah kes aktif kini adalah 45,591.

38,097 (83.6%) pesakit kini menjalani kuarantin di rumah, 3,657 (8%) dirawat di pusat kuarantin risiko rendah dan 3,513 (7.7%) dimasukkan ke hospital.

Terdapat 324 pesakit dirawat di dalam unit rawatan rapi, dengan 175 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Semalam juga, Menteri Kesihatan berkata 49 kes baharu varian Omicron dilaporkan, menjadikan jumlah kes melibatkan varian mudah berjangkit itu di Malaysia naik kepada 62 kes.

Beliau turut memberi amaran yang Malaysia mungkin menyaksikan wabak meledak sekali lagi disebabkan varian Omicron disebabkan ia sudah berada di dalam komuniti. – 26 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen