2 anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di selatan Thailand


Penolong Ketua Polis (Siasatan) Thung Yang Daeng Kol. Naris Kaje berkata kedua-dua lelaki itu mempunyai sekurang-kurang lima waran tangkap. – Gambar EPA, 25 Disember 2021.

DUA lelaki dipercayai anggota militan ditemui maut dalam satu insiden berbalas tembakan di  Pattani, selatan Thailand dalam  insiden yang bermula pada tengah hari Jumaat.

Penolong Ketua Polis (Siasatan) Thung Yang Daeng  Kol. Naris Kaje berkata bertindak  atas maklumat orang awam,  pasukan keselamatan mengepong  sebuah rumah  di daerah Thung Yang Daeng di mana  dua lelaki  yang  dipercayai  anggota Barisan Revolusi Nasional (BRN) bersembunyi.

“Kami cuba  berunding dengan kedua-dua lelaki itu agar menyerah diri tetapi mereka melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan.  

“Insiden berbalas tembakan berlanjutan hampir dua jam iaitu dari 6 petang sehingga 8 malam.  

“Apabila keadaan reda, pasukan keselamatan menemui dua orang mayat dalam rumah,” katanya. 

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu mempunyai sekurang-kurang lima waran tangkap. – Bernama, 25 Disember, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen