RUSIA telah menyekat laman sesawang pemantau hak asasi manusia terkemuka yang menjejaki penganiayaan politik, OVD-Info, kata kumpulan itu Sabtu, ketika pihak berkuasa meneruskan tindakan keras terhadap perbezaan pendapat.
Mahkamah Persekutuan Rusia sedang mempertimbangkan sama ada untuk menutup kumpulan hak ke atas Memorial, yang bekerja dengan pemantau.
Menurut pengawal selia media negara itu Roskomnadzor, pihaknya telah menyekat laman sesawang OVD-Info, yang didakwa menjejaki bantahan pembangkang dan turut menyediakan sokongan undang-undang kepada mangsa penganiayaan politik awal minggu ini.
“Buat masa ini, kami belum menerima notis dan tidak tahu sebab disekat,” tweet kumpulan itu.
Pendaftar Roskomnadzor bagi laman web yang disekat menunjukkan bahawa mahkamah wilayah Moscow telah mengeluarkan keputusan bertarikh 20 Disember untuk “menghadkan” akses ke atas laman sesawang tersebut.
Laman sesawang itu tidak boleh diakses oleh wartawan AFP di Rusia hari ini.
Tahun ini menyaksikan tindakan keras ke atas pembangkang Rusia dan media bebas, bermula dengan pihak berkuasa memenjarakan pengkritik tertinggi Kremlin Alexei Navalny.
Pada September lalu, kementerian kehakiman menambah OVD-Info ke dalam senarai “ejen asing” yang semakin meningkat – istilah dengan nada era Soviet – dengan kumpulan itu menggelar langkah itu sebagai “tindakan tekanan politik”.
Menurut mahkamah ia bimbang laman sesawang itu boleh ditutup menjelang akhir tahun ini.
Pendakwa raya menuduh kumpulan hak asasi itu melanggar undang-undang “ejen asing” dan mewajarkan keganasan dengan mengeluarkan senarai tahanan politik termasuk tokoh yang dilarang seperti Navalny. – AFP, 25 Disember, 2021.
Komen