KETUA Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berkuat kuasa 25 Januari depan.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ruslan Khalid, berkata Ayob Khan antara tiga pegawai kanan PDRM yang terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa pada tarikh sama.
“Jawatan Ayob Khan akan diambil alih Ketua Polis Kedah Kamarul Zaman Mamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ruslan berkata, Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Wan Hassan Wan Ahmad pula akan mengisi kekosongan ditinggalkan Kamarul Zaman dengan memangku pangkat Komisioner. – Bernama, 24 Disember, 2021.
Komen