4 cedera ditembak di pusat beli-belah Chicago


Kejadian berlaku kira-kira 5.45 petang waktu tempatan di pusat beli-belah Oakbrook Center di bandar Chicago pada Khamis. – Gambar AFP, 24 Disember, 2021.

EMPAT orang cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di pinggir bandar Chicago pada Khamis, lapor Xinhua.

Kejadian berlaku kira-kira 5.45 petang (2345 GMT) di pusat beli-belah Oakbrook Center, apabila dua lelaki berbalas tembakan di kawasan koridor di bahagian timur pusat beli-belah itu, kata Ketua Polis Oak Brook James Kruger pada sidang akhbar.

Seorang daripada lelaki itu cedera dan telah ditahan. Tiga orang awam turut dilaporkan cedera.

Polis telah menahan dua suspek terbabit dan sedang menyiasat kemungkinan suspek ketiga. – Bernama, 24 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen