Korban banjir cecah 41 orang, 8 masih hilang, kata polis


Selangor melaporkan kematian tertinggi iaitu 25 mangsa, Pahang 15 mangsa dan seorang di Kelantan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Disember, 2021.

BENCANA banjir dilaporkan mengorbankan 41 nyawa di seluruh negara setakat ini manakala lapan orang masih hilang.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan hari ini berkata Selangor melaporkan kematian tertinggi iaitu 25 mangsa, Pahang 15 mangsa dan seorang di Kelantan.

Berdasarkan pecahan, katanya 25 mangsa di Selangor terdiri daripada 17 lelaki dan lapan wanita, Pahang melibatkan lapan lelaki, lima wanita dan dua kanak-kanak lelaki, manakala di Kelantan seorang lelaki.

Lapan yang masih hilang di Pahang melibatkan tujuh lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki, katanya. – Bernama, 24 Disember, 2021.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen