PBB batal penerbangan kemanusiaan keluar, masuk lapangan terbang Sanaa


Penerbangan keluar masuk bantuan kemanusiaan agensi di bawah PBB dari lapangan terbang Sanaa, Yaman dibatalkan susulan serangan udara di lapangan terbang itu. – Gambar EPA, 24 Disember, 2021.

PENERBANGAN keluar dan masuk membawa bantuan kemanusiaan oleh agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari lapangan terbang Sanaa, Yaman yang dijadual semalam dibatalkan susulan serangan udara di lapangan terbang itu.

Pihak berkuasa penerbangan awam di Sanaa menghalang penerbangan kemanusiaan itu sejak Ahad, menurut Pejabat Penyelarasan PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) lapor Xinhua.

“PBB sedang mencari alternatif untuk memindahkan bekalan serta kakitangan masuk dan keluar dari Sanaa,” kata OCHA.

Pakatan yang diketuai Arab Saudi melancarkan serangan udara di Sanaa, ibu negara Yaman yang dikuasai puak Houthi.

PBB mengulangi gesaannya supaya lapangan terbang itu dibuka untuk penerbangan awam dan komersial serta menyeru pelabuhan Hodeidah beroperasi sepenuhnya. – Bernama, 24 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen