SEWAKTU bencana berlaku, rakyat banyak meluahkan pandangan melalui pelbagai media massa. Tetapi rakyat masih akan undi orang yang sama masa pilihan raya nanti.
Semua akan lupa pada bencana banjir buruk yang sedang berlaku.
Rakyat kuat mengadu dan mengeluh mengenai ahli-ahli politik tetapi apabila ada peluang untuk menukar wakil mereka, peluang dibazirkan.
Sama ada rakyat cepat memaafkan atau mereka mereka mudah termakan dengan janji-janji lapuk setiap kali ada pilihan raya.
Terpulanglah kepada rakyat dan kebijaksanaan mereka apabila pilihan raya datang kelak.
Rata-rata kalau dikaji rakyat memang susah menerima orang baru dalam politik kerana asyik tergoda dengan muka dan parti lama yang mainkan lagu yang sama.
Jadi, fikirlah dengan kematangan sendiri. Tiada guna mengeluh dan berleter kalau memilih juadah yang basi setiap kali pilihan raya. – 23 Disember, 2021.
* Narinder Pal, pembaca The Malaysian Insight.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen