New Zealand nasihat pengguna waspada beli produk kesihatan alternatif dalam talian


Produk kesihatan alternatif dalam talian didakwa menawarkan perlindungan terhadap sinaran dan gelombang mikro daripada telefon, komputer, dan skrin televisyen serta 5G, kata Kementerian Kesihatan New Zealand. – Gambar EPA, 23 Disember, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan New Zealand menasihatkan pengguna berhati-hati apabila membeli produk kesihatan alternatif dalam talian, lapor Xinhua.

Pengawal selia luar negara melaporkan terdapat barangan seperti loket, barang kemas, sleep masks dan rantai tangan yang dijual secara dalam talian, mengandungi bahan radioaktif, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Produk itu didakwa menawarkan perlindungan terhadap sinaran dan gelombang mikro daripada telefon, komputer, dan skrin televisyen serta 5G.

“Walaupun dakwaan itu belum dibuktikan, Institut Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Belanda mendapati produk itu mengeluarkan radiasi yang mungkin berbahaya,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengaitkan teknologi wayarles boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan, tambah kenyataan itu. – Bernama, 23 Disember, 2021.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen