2 maut, puluhan hilang lombong jed di Myanmar runtuh


Anggota penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat pekerja yang hilang dalam insiden tanah runtuh di lombong jade di Hpakant, Negeri Kachin, Myanmar. – Gambar EPA, 23 Disember, 2021.

SEKURANG-KURANGNYA dua maut dan puluhan lain masih hilang selepas berlaku insiden tanah runtuh di lombong jed Myanmar, dengan penyelamat memberi amaran pada Khamis mereka meramalkan tiadak akan menemui mangsa yang terselamat.

Ramai terkorban setiap tahun bekerja perniagaan jed yang menguntungkan tetapi dikendali dengan buruk di negara itu, yang menyaksikan pekerja asing diberi gaji rendah bagi mencari permata yang sangat diminat oleh penduduk di negara jiran China.

Bekerja dalam keadaan berkabus dan hujan, penyelamat berjaya membawa keluar mayat kedua dari tasik berhampiran selepas kejadian pada Rabu di utara perbandaran Hpakant berhampiran sempadan China.

Sekurang-kurangnya 20 orang masih hilang, tetapi penyelamat berkata mereka bimbang lebih ramai lagi tidak dapat dikesan kerana keluarga teragak-agak mengakui ada ahli keluarga yang terbabit kerana larangan junta menggali sehingga Mac 2022.

Pasukan mencari menemui seorang lelaki berusia 55 tahun pada pagi Khamis dalam operasi yang pada mulanya ditangguhkan oleh kabus dan hujan semalaman yang dibimbangi menyebabkan keadaan tanah menjadi lebih tidak stabil, kata penyelamat Ko Nyi.

“Pasukan kami menggunakan pencangkuk untuk mencari mayat di bawah air, dan mayatnya tersangkut pada pencangkuk,” katanya.

“Jika mayat tidak terapung hari ini, ia akan muncul pada hari-hari berikutnya, itu fitrahnya,” tambahnya.

Ratusan penggali kembali ke Hpakant semasa musim hujan untuk menggali di lombong terbuka yang berbahaya, menurut seorang aktivis tempatan.

Pasukan penyelamat berkata peningkatan tekanan daripada berat tanah dan batu yang dibuang menyebabkan tanah menuruni bukit ke dalam tasik berhampiran.

Insiden itu adalah tragedi terbaharu yang melanda industri berbilion dolar yang dikawal dengan lemah.

Jade dan sumber semula jadi lain yang banyak di utara Myanmar—termasuk kayu, emas dan ambar—membantu membiayai kedua-dua belah pihak perang saudara selama beberapa dekad antara pemberontak etnik Kachin dan tentera.

Orang awam sering terperangkap untuk mengawal lombong dan hasil lumayan mereka, dengan perdagangan dadah dan senjata yang berleluasa merencatkan konflik.

Tahun lalu, hujan lebat mencetuskan tanah runtuh besar di Hpakant yang menimbus hampir 300 pelombong.

Watchdog Global Witness menganggarkan industri itu bernilai kira-kira AS$31 bilion pada 2014.

Tetapi rasuah menyebabkan hanya hasil yang sedikit kepada pendapatan negara.

Rampasan kuasa tentera Februari juga memadamkan sebarang peluang pembaharuan terhadap industri berbahaya dan tidak dikawal yang dimulakan oleh kerajaan awam pimpinan tersingkir Aung San Suu Kyi, kata laporan Global Witness awal tahun ini.

Rampasan kuasa itu juga mencetuskan pertempuran di negeri Kachin antara pemberontak tempatan dan tentera Myanmar, kata badan pemerhati itu.

Bencana pada Rabu “adalah peringatan yang menghantui bahawa nyawa kerap menjadi tempat kedua bagi mengaut keuntungan di lombong jed Hpakant,” Hanna Hindstrom, dari Global Witness memberitahu AFP.

“Memandangkan tentera sibuk menjadikan sektor itu sebagai talian hayat kewangan untuk rejimnya yang tidak sah, sekali lagi pelombong membayar harga tertinggi.” – AFP, 23 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen