IRAN merakamkan ucapan takziah kepada Malaysia dan Filipina susulan bencana alam yang melanda kedua-dua negara itu baru-baru ini.
Menurut Tehran Times, Jurucakap Kementerian Luar Saeed Khatibzadeh, Iran yang bersahabat dengan kedua-dua negara, bersimpati dengan keluarga mangsa dan berharap mangsa yang cedera segera sembuh.
Malaysia dilanda banjir besar dan tanah runtuh di beberapa kawasan dan negeri susulan hujan lebat, setakat ini menyaksikan sekurang-kurangnya 37 nyawa terkorban.
Sementara itu, Filipina dibadai Taufan Rai yang bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda malah sudah meragut korban sekurang-kurangnya 375 orang. – Bernama, 23 Disember, 2021.
Komen