SEBANYAK 23 batang sungai di enam negeri kini di paras bahaya dan amaran, kata Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani.
Menurut Acryl, laporan Jabatan Pengairan dan Saliran hingga jam 2.30 pagi menunjukkan, 23 lokasi ini terletak di Selangor, Pahang, Johor, Kelantan, Melaka dan Sarawak.
“13 sungai yang berada dalam paras bahaya adalah sembilan di Pahang, dua di Kelantan dan masing-masing satu di Selangor dan Johor.
“Manakala yang berada di paras amaran adalah masing-masing dua sungai di Pahang, Kelantan, Melaka dan Sarawak.
“Manakala di Selangor dan Johor, masing-masing satu sungai,” katanya dalam sidang media di Sri Muda, Shah Alam. – 23 Disember, 2021.
MENYUSUL
Komen