TIGA rentung manakala 44 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah kilang penapis minyak, Haldia Oil Corporation, terletak 136 km dari bandar Kolkata, India.
Menteri Petroleum Hardeep Singh Puri berkata pihaknya mengarahkan siasatan dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.
Kebakaran berlaku petang semalam ketika kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah unit sedang dijalankan, menurut syarikat itu. – Bernama, 22 Disember, 2021.
Komen