5 terbunuh, 2 helikopter tentera bertembung di Perancis 


LIMA dilaporkan terbunuh pada Jumaat selepas dua buah helikopter tentera bertembung berhampiran bandar pelancongan Saint-Tropez, selatan Perancis, kata polis. 

“Helikopter berkenaan bertembung. Terdapat tiga orang kru dalam sebuah helikopter dan dua orang lagi kru dalam helikopter satu lagi,” kata polis berdekatan bandar Brignoles, dan menambah satu lagi mayat masih belum dikeluarkan daripada bangkai helikopter terbabit. 

Menurut laporan, dua helikopter perkhidmatan tentera yang berpangkalan dekat Cannet-des-Maures berlanggar berhampiran tasik Carces, kira-kira 50 kilometer dari barat laut Saint-Tropez.

20 anggota tentera menyertai dua helikopter penyelamat dan helikopter polis di lokasi kejadian, bersama pihak berkuasa tempatan. – AFP, 2 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen