Bekas naib presiden Kelab PJ pertimbang tindakan undang-undang susulan dipecat


Noel Achariam

Bekas naib presiden Kelab PJ, Ragavan Rajoo sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap kelab itu kerana menggantungnya selepas menghadiri mesyuarat agung luar biasa pada 2 Mei. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Disember, 2021.

BEKAS naib presiden Kelab PJ sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap kelab itu kerana menggantungnya selepas menghadiri mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 2 Mei lalu.

Pihak pengurusan kelab memecat Ragavan Rajoo kerana mendapatkan tuntutan undang-undang selepas mereka menggantungnya.

Ragavan memberitahu The Malaysian Insight beliau sudah bertemu dengan peguam dan kini sedang mempertimbangkan prosiding undang-undang lanjut terhadap jawatankuasa kelab.

Ragavan berkata beliau menerima surat pemecatan itu pada Jumaat selepas memulakan tindakan undang-undang terhadap kelab itu.

Dalam surat itu jawatankuasa agung kelab itu berkata semasa mesyuarat mereka pada 17 Disember ahli-ahli mencapai keputusan sebulat suara untuk memecat Ragavan.

Alasannya kata mereka kerana Ragavan membangkitkan isu EGM dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan menyaman kelab itu.

Pada Jumaat Ragavan mendapat perintah sementara daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menangguhkan mesyuarat agung tahunan kelab yang dijadualkan pada Sabtu.

Beliau berkata mahkamah kemudiannya membenarkan perintah penangguhan membabitkan EGM yang didakwa tidak sah pada 2 Mei lalu.

Ragavan berkata mahkamah akan mendengar hujah mereka mengenai perkara itu pada 2 Februari tahun depan.

Ragavan adalah antara 56 ahli Kelab PJ yang menggesa tindakan menggantung mereka selama dua tahun kerana menghadiri EGM pada 2 Mei ditarik semula.

Mereka berkata RoS Selangor menghantar surat kepada jawatankuasa agung menasihatkan mereka membatalkan tindakan itu.

Anggota tersebut digantung kerja berkuat kuasa 29 November dengan notis dihantar oleh jawatankuasa.

Mereka juga berkata EGM yang dihadiri ahli pada 2 Mei adalah tidak menyalahi undang-undang dan selaras dengan perlembagaan kelab.

Naib Presiden Kelab PJ Mohd Taufik Sri Abdullah berkata Ragavan dipecat kerana tidak mengikut perlembagaan kelab.

“Sebagai bekas naib presiden dan ketua disiplin Ragavan sepatutnya tahu perlembagaan kelab.

“Dia sepatutnya tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Tetapi dia melampaui batas dan itulah sebabnya dia dipecat,” katanya.

Taufik berkata mereka merasakan anggota yang digantung kerja tidak mempunyai locus standi untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa.

“Perlembagaan menyatakan sebagai ahli anda perlu menyelesaikan secara dalaman sebelum tindakan boleh diambil, yang mana Ragavan tidak melakukannya,” katanya. – 22 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen