SEBUAH kapal kargo membawa 130 penumpang karam di timur laut Madagascar, mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang manakala 68 lagi hilang, menurut pihak berkuasa tempatan pada Isnin, lapor Xinhua.
Sekurang-kurangnya 45 lagi diselamatkan, memetik Agensi Pelabuhan Maritim dan Sungai.
Menurut agensi itu, terdapat lubang pada badan kapal yang dipercayai menjadi punca kepada kapal tersebut karam. – Bernama, 21 Disember, 2021.
Komen