Kes baharu Covid-19 kembali cecah lebih 3,000


Hailey Chung Wee Kye

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah jangkitan baharu Covid-19 di negara ini meningkat kepada 3,140 daripada 2,589 semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Disember, 2021.

JUMLAH jangkitan baharu Covid-19 di negara ini meningkat kepada 3,140 daripada 2,589 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter hari ini.

Kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 yang direkodkan di negara ini sebanyak 2,724,684.

Dalam tempoh tiga hari lalu Malaysia menyaksikan kes di bawah 3,200 yang merupakan peningkatan sedikit daripada kes hampir 4,000 dan 5,000 yang dilaporkan pada minggu lalu.

Noor Hisham juga berkata kadar jangkitan di negara ini semalam ialah 0.91 dengan Pulau Pinang dan Pahang kekal tertinggi pada 1.00.

Sarawak, yang baru sahaja mengadakan pilihan raya negeri masih terendah antara semua negeri dan wilayah iaitu 0.75.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam. – 21 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen