KESATUAN Eropah meluluskan vaksin Covid-19 kelimanya semalam bagi meningkatkan usaha menentang varian virus Omicron apabila WHO meminta agar langkah lebih besar dibuat bagi memastikan wabak itu berakhir tahun depan.
Eropah sudah jauh mendahului negara lain di dunia ini dengan program vaksin dan suntikan penggalak tetapi varian Omicron menyebabkan kes melonjak memaksa mereka menguatkuasakan kembali sekatan keras di beberapa negara.
Walaupun terdapat tanda-tanda Omicron tidak lebih teruk daripada varian Delta yang masih dominan, data awal mencadangkan ia mungkin lebih mudah berjangkit dan mungkin mempunyai ketahanan lebih tinggi terhadap vaksin.
Sejak pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan pada November Omicron dikenal pasti di berpuluh-puluh negara mematahkan harapan wabak terburuk itu akan berakhir.
Tetapi presiden AS Joe Biden berkata semalam beliau tidak bercadang untuk mengadakan perintah berkurung seluruh negara.
Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus menyeru negara menggandakan usaha untuk membantu menamatkan wabak itu, menyeru sambutan Tahun Baharu dibatalkan.
“Kita perlu fokus untuk menamatkan wabak ini,” katanya. – AFP, 21 Disember, 2021.
Komen