TENTERA Isral menyerang Hamas di Gaza awal hari ini selepas sebuah roket dilancarkan dari penempatan Palestin.
“Sebuah pesawat menyerang pusat pemerhati Hamas di Tebing Gaza,” kata satu kenyataan dikeluarkan tentera.
Serangan itu mengenai Beit Hanoun di utara kawasan itu. Masih tiada laporan kematian, walaupun beberapa rumah berhampiran rosak terkena letupan.
Seorang penduduk tempatan, Mohamed Abu Jarad berkata dia dan keluarganya terpaksa meninggalkan rumah selepas dua roket mengenai kediaman mereka.
Serangan itu berlaku beberapa jam selepas sebuah roket dilancarkan ke Israel dari Gaza tetapi tidak menyebabkan kerosakan.
Serangan roket itu selalunya tidak dilancarkan oleh Hamas yang mengawal kawasan itu, tetapi oleh kumpulan serpihan radikal.
Israel beranggapan Hamas yang diperanginya dalam tiga perang sejak 2008 bertanggungjawab atas sebarang tembakan dilancarkan dari Gaza. – AFP, 2 Febuari, 2018.
Komen