BINTANG tenis dunia, Rafael Nadal mengumumkan bahawa beliau disahkan positif Covid-19 sewaktu pulang ke Sepanyol selepas mengambil bahagian dalam satu kejohanan di Abu Dhabi, minggu lalu.
“Saya kini menjalani kuarantin di rumah dan telah memaklumkan kepada orang yang pernah berhubung dengan saya,” tulisnya di Twitter.
Bekas pemain nombor satu dunia itu dijangka terbang ke Melbourne akhir bulan ini untuk bersaing dalam kejohanan Terbuka Australia. – AFP, 20 Disember, 2021.
Komen