Tentera dikerah bantu mangsa banjir di Klang


Ragananthini Vethasalam

Anggota tentera dikerah untuk menyelamatkan mangsa banjir yang masih terkandas di Bandar Baru Klang, Klang Utama dan Sri Muda. – Gambar Facebook, 20 Disember 2021.

ANGGOTA tentera dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di Klang Utama, kata ahli Parlimen kawasan itu Charles Santiago mengesahkan.

Beliau menambah pihaknya akan bekerjasama dengan tentera untuk menyelaraskan usaha bantuan itu.

“Terima kasih @H2OComms atas maklum balas yang cepat. Ya, bercakap dengan Mohd Zakaria (ketua staf tentera) malam tadi. Pagi ini tentera berada di Klang Utama untuk memulakan operasi & bekerja dengan kakitangan saya. Kita perlu memberikan sokongan kepada Sri Muda sebaik sahaja kerja di sini selesai. Terima kasih sekali lagi YBM@IsmailSabri60,” tweetnya.

Charles sebelum ini menghantar tweet kepada Hishammuddin yang kelewatan dalam bantuan kecemasan tidak boleh diterima dan tentera mesti dikerahkan segera.

“Klang Utama adalah antara yang paling terjejas, dengan rumah di bawah air: 2 hingga 6 kaki. Kami memerlukan @H2OComms menghantar tentera sekarang dengan bot untuk memberikan bantuan kepada rumah di sini. Mereka sudah terkandas 4 hari. Kelewatan bantuan kecemasan tidak boleh diterima. @IsmailSabri60 @AmirudinShari,” katanya.

Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein menulis tweet semalam yang beliau sudah mengarahkan Panglima Angkatan Tentera  Mohd Zakaria Yadi untuk membantu keadaan di Klang. – 20 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen