KKM lapor 19 kematian baharu Covid-19


Hailey Chung Wee Kye

Semua kematian Covid-19 dilaporkan semalam melibatkan kes tertunggak dan 4 kematian di luar hospital. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Disember 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 19 kematian baharu Covid-19 semalam, penurunan daripada 29 kematian yang dilaporkan sehari sebelumnya.

Menurut data disiarkan di GitHub KKM, empat adalah kes kematian di luar hospital. 

Ia juga menunjukkan semua kematian yang dilaporkan semalam adalah kes tertunggak.

Angka kematian negara kini berjumlah 31,092, manakala jumlah kumulatif di bawah kategori kematian di luar hospital adalah 6,286.

Angka kematian harian adalah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari tersebut ditambah kes tertunggak yang baru disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan disebabkan oleh Covid-19.

Johor mencatatkan jumlah kematian tertinggi semalam iaitu empat, diikuti Terengganu dan Sabah (3), Kedah, Perak dan Pahang (2), dan Kelantan (1).

Lembah Klang mempunyai dua kematian secara keseluruhan semalam, kedua-duanya di Selangor. Kuala Lumpur dan Putrajaya tiada kematian dilaporkan.

Tiada kematian berkaitan koronavirus di Pulau Pinang, Melaka, Sarawak, Negeri Sembilan, Perlis dan Labuan.

Daripada empat kes kematian di luar hospital, dua berlaku di Sabah, dan masing-masing satu di Johor dan Pahang.

Kadar kematian virus tempatan kekal pada kadar 0.7%, dan purata nasional bagi kematian Covid-19 kekal pada 11 bagi setiap sejuta penduduk. – 20 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen