KKM lapor 768 kadar kemasukan ke hospital akibat Covid-19 


Hailey Chung Wee Kye

Kadar penggunaan katil keseluruhan di negara sedikit meningkat kepada 64.3% daripada 62.% sehari sebelumnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Disember, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 768 kemasukan ke hospital akibat Covid-19 semalam selepas melaporkan di bawah 1,000 kemasukan selama lapan hari berturut-turut, menurut laman web CovidNow.

Kadar penggunaan katil keseluruhan di negara ini juga sedikit meningkat kepada 64.3% daripada 62.% sehari sebelumnya.

Daripada jumlah itu 30.4% daripada kemasukan ke hospital dikaitkan dengan Covid-19 yang menunjukkan penurunan daripada 30.5% sebelumnya.

Lembah Klang masih mencatatkan bilangan kemasukan ke hospital paling ramai dengan 189 kes. Sebahagian besar kes adalah di Selangor dengan 157 kes dan beberapa kes di Kuala Lumpur (17) dan Putrajaya (15).

Kadar penggunaan katil keseluruhan adalah pada 57.0% di Lembah Klang termasuk pesakit bukan Covid-19.

Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor (168), Sabah (101), Kelantan (76), Perak (48), Negeri Sembilan (33), Sarawak dan Terengganu (32), Pulau Pinang (23), Kedah dan Pahang (22), Melaka dan Perlis (11).

Labuan sekali lagi tidak melaporkan sebarang kemasukan baharu. Sementara itu kadar penggunaan katil di Kelantan mencatatkan keseluruhan tertinggi iaitu 80.2%.

Malaysia semalam melaporkan 3,108 jangkitan baharu Covid-19 yang menunjukkan penurunan ketara daripada 4,083 kes sehari sebelumnya. Angka ini menjadikan ia terendah dalam tempoh empat hari lalu.

Sehingga tengah malam terdapat 53,482 kes aktif Covid-19 di Malaysia. Daripada jumlah ini terdapat 390 kes di ICU dengan 211 daripada menggunakan ventilator.

Penggunaan ventilator adalah pada 37.6% manakala penghunian unit rawatan rapi (ICU) berada pada 57.9% di mana 36.3% adalah kes koronavirus.

Seramai 45,147 pesakit dikuarantin di rumah, 4,013 di pusat kuarantin berisiko rendah dan 3,931 di hospital.

Lembah Klang melaporkan 1,121 kes dengan Selangor merekodkan 919 kes, Kuala Lumpur (184) dan Putrajaya (18).

Negeri lain yang melaporkan kes baharu ialah Johor (297), Kelantan (255), Pulau Pinang (216), Sabah and Perak (189),  Melaka and Kedah (176), Terengganu (156), Pahang (150), Negeri Sembilan (122), Sarawak (30), Perlis (16) dan Labuan (12). – 20 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen