TEXAS mula membina tempok pemisahnya sendiri yang bersempadan dengan Mexico, kata Gabenor Republikan Greg Abbott Sabtu dan mendakwa tindakan Presiden Joe Biden tidak cukup untuk menghentikan pendatang haram.
“Texas sedang mengambil langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini oleh mana-mana negeri di negara ini,” kata Abbott, memberitahu sidang akhbar mengenai pembinaan tembok itu yang disifatkannya bagi menjamin dan menjaga kedaulatan Amerika Syarikat dan negeri.
“Tembok sedemikian diperlukan kerana pentadbiran Biden gagal menjalankan tugasnya,” katanya dari Rio Grande City, bercakap di depan kren dan batang besi.
Gabenor, yang dikatakan mempunyai cita-cita Rumah Putih sendiri, mengecam kesan kepada dasar sempadan Biden.
“Tembok sempadan yang anda lihat di belakang kita adalah replikasi tembok sempadan yang dipasang oleh presiden Trump, bahan yang sama, konsep yang sama,” tambahnya, merujuk kepada penyandang Biden, Donald Trump.
Trump terkenal dengan pembinaan tembok di sepanjang sempadan AS-Mexico ketika pentadbirannya, walaupun sebahagian besar daripada 727km yang berjaya dibina sepanjang tempoh empat tahunnya adalah sebagai menggantikan tembok sedia ada.
Kerja itu dihentikan apabila Biden mengambil alih jawatan pada Januari tahun ini.
Presiden Demokrat itu dikritik kerana pengurusannya terhadap penghijrahan haram, dengan beberapa pihak sayap kiri mengecam apa yang mereka katakan sebagai dasar keras masih dilaksanakan, dan sayap kanan menuntut tindakan lebih keras. – AFP, 19 Disember, 2021.
Komen