Van rempuh pejalan kaki di Shanghai, 18 cedera


Pegawai polis berkawal di depan kedai kopi Starbucks di Shanghai selepas sebuah van terbakar dan merempuh ke kawasan pejalan kaki menyebabkan 18 cedera. – Gambar AFP, 2 Februari, 2018.

SERAMAI 18 orang cedera dengan tiga daripadanya parah, selepas sebuah van merempuh pejalan kaki di pusat bandar Shanghai pada pagi Jumaat, menurut pihak berkuasa tempatan lapor agensi berita Xinhua.

Kejadian berlaku kira-kira 9 pagi berhampiran People Park di Daerah Huangpu, menurut laman web rasmi majlis perbandaran di laman sosial Weibo.

Beberapa saksi berkata, kenderaan itu terbakar sebelum merempuh pagar di depan sebuah kedai kopi.

Pemandu dan penumpang van adalah antara yang cedera, punca kejadian sedang disiasat. – Bernama, 2 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen