8 maut dalam banjir di Iraq


LAPAN orang di utara Iraq maut hari ini dalam banjir kilat yang disebabkan hujan lebat di Arbil, ibu kota wilayah autonomi Kurdistan, kata gabenor wilayah Omid Khoshnaw.

Di negara yang berdepan dengan kemarau teruk, ramai yang lemas akibat ribut kuat mula melanda.

“Banjir bermula pada jam 4 pagi dan menyebabkan lapan maut termasuk wanita dan kanak-kanak,” katanya kepada AFP.

Empat anggota pasukan pertahanan awam yang datang membantu penduduk cedera apabila kereta mereka hanyut dibawa air banjir, tambahnya.

“Daripada lapan orang yang maut, seorang maut dipanah petir, manakala yang lain lemas di dalam rumah mereka,” kata jurucakap pertahanan awam Sarkawt Karach.

Tambahnya orang ramai dipaksa meninggalkan rumah mereka.

“Operasi mencari orang hilang sedang dijalankan,” katanya memberi amaran jumlah kematian mungkin boleh meningkat. – AFP, 17 Disember, 2021.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen