KETUA pereka misi eksplorasi Marikh pertama China dari Jabatan Pentadbiran Angkasa Lepas China (CNSA) Zhang Rongqiao terpilih antara 10 tokoh paling berpengaruh untuk tahun 2021 yang diumumkan jurnal saintifik terkenal dunia, Nature pada minggu ini.
“Peristiwa sains termasuk pengesanan varian virus Covid-19, pembuktian peranan perubahan iklim dalam cuaca melampau, serta pelancaran prob penyelidikan ke Marikh memberikan pengaruh penting terhadap dunia dalam jangka panjang.
“Maka, pemilihan 10 tokoh berpengaruh di dunia pada tahun ini tertumpu kepada individu yang terlibat dalam peristiwa sains penting tersebut,” kata ketua pengarang jurnal itu Rich Monastersky.
Untuk rekod, China menjadi negara kedua yang berjaya mendaratkan kenderaan perayau di Marikh, dan Zhang turut memberikan sumbangan penting dalam usaha itu
“Pengalaman 10 tokoh terpengaruh tahunan ‘Nature’ memberikan perspektif penting bagi kami untuk memahami peristiwa-peristiwa bersejarah yang mengubah dunia kita,” kata Monastersky. – Bernama, 17 Disember, 2021.
Komen