ANAK lelaki sulung pemimpin revolusi Cuba Fidel Castro, Fidel Castro Diaz-Balart meninggal dunia pada Khamis kerana membunuh diri disebabkan kemurungan, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan rasmi.
Menurut kenyataan di laman sesawang kerajaan Cubadebate, Castro, 68, menderita kemurungan yang serius dan sedang menjalani rawatan bagi menangani masalah itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Beliau pernah berkhidmat sebagai penasihat saintifik Majlis Negara dan menjadi naib presiden Akademi Sains Cuba.
Bapanya mendiang Fidel Castro meninggal dunia pada 2016 ketika berusia 90 tahun. – Bernama, 2 Februari, 2018.
Komen