NAIB Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris, yang dilihat mengalami masalah politik, berkata beliau dan Joe Biden belum membincangkan pilihan raya 2024 atau sama ada presiden akan bertanding untuk penggal kedua.
Washington telah dihebohkan dengan khabar angin tentang hubungan antara Harris dan Biden, yang mana pelbagai spekulasi timbul bahawa Harris mungkin tidak akan bertanding di Rumah Putih jika Biden memilih untuk tidak bertanding lagi.
“Saya akan memberitahu anda perkara ini dengan jelas. Kami tidak bercakap mengenai pilihan raya, kerana kami belum tamatkan tahun pertama kami dan kami berada di tengah-tengah pandemik,” kata Harris kepada Wall Street Jurnal dalam temu bual yang diterbitkan Khamis.
Ketika ditanya tentang kemungkinan Biden, 79, bertanding semula untuk jawatan itu, Harris berkata: “Saya tidak memikirkannya, dan kami juga tidak bercakap mengenainya.”
Harris yang mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang pernah mengangkat sumpah sebagai naib presiden.
Tetapi beliau berdepan pelbagai khabar negatif yang mendakwa beliau tidak berfungsi dalam kalangan kakitangannya, keraguan tentang kedudukannya dalam pentadbiran dan kekecewaannya terhadap tugasan yang sukar, seperti akses pengundian minoriti dan krisis pendatang haram di sempadan selatan. – AFP, 17 Disember, 2021.
Komen