Kapasiti tenaga nuklear India meningkat lebih 3 kali ganda dalam 10 tahun


Menteri Negara bagi Sains dan Teknologi India Jitendra Singh dalam satu jawapan bertulis kepada Dewan Negara berkata penyiapan projek dalam dalam pembinaan akan meningkatkan kapasiti tenaga nuklear kepada 22,480 MW menjelang 2031. – Gambar EPA, 16 Disember, 2021.

KAPASITI tenaga nuklear India akan meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun, kata seorang menteri di parlimen pada Khamis.

Penyiapan projek dalam pembinaan akan meningkatkan kapasiti tenaga nuklear kepada 22,480 MW menjelang 2031, Menteri Negara bagi Sains dan Teknologi Jitendra Singh memberitahu Rajya Sabha (Dewan Negara), dalam satu jawapan bertulis.

Pada masa ini kapasiti tenaga nuklear negara adalah 6,780 megawatt (MW) dan bahagian komponen nuklear dalam jumlah penjanaan elektrik adalah kira-kira 3.1 peratus pada tahun fiskal 2020-21, kata Jabatan Tenaga Atom dalam satu kenyataan.

Perluasan tenaga nuklear India yang dirancang termasuk 10 Reaktor Air Berat Bertekanan (PHWR) buatan negara itu, setiap satu dengan kapasiti 700 MW.

Menteri itu juga memberitahu parlimen bahawa kerajaan India “secara prinsip” meluluskan tapak di Jaitapur di negeri barat Maharashtra untuk membina enam reaktor kuasa nuklear 1,650 MW setiap satu dengan kerjasama Perancis. – Bernama, 16 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen