DUA pelajar berusia 15 tahun di Los Angeles cedera selepas ditembak di dalam kelas pada Khamis, dalam satu lagi kejadian tembakan di Amerika Syarikat.
Remaja lelaki berkenaan ditembak di kepala, manakala seorang lagi mangsa, pelajar perempuan ditembak di pergelangan tangan, kata pegawai perkhidmatan kecemasan, dan mengesahkan seorang murid perempuan berusia 12 tahun ditahan berhubung kejadian itu.
Paramedik yang dikejarkan ke Sekolah Salvador Castro di pusat bandar Westlake pada jam 9 pagi waktu tempatan berkata kedua-dua mangsa dibawa ke hospital dengan keadaan remaja lelaki terbabit kritikal tetapi stabil.
Pegawai polis berkata kedua-dua mangsa dijangka selamat dan kakitangan perubatan berkata remaja lelaki terbabit “sangat bernasib baik”.
Tiga yang lain cedera ialah murid lelaki, 11, murid perempuan, 12, dan seorang wanita berusia 30 tahun. Mereka tidak terkena tembakan.
Pegawai polis yang tiba di tempat kejadian berkata beberapa mangsa dikesan, begitu juga suspek, yang kemudian ditahan.
Polis turut menemui senjata yang digunakan dalam insiden itu. – AFP, 2 Februari, 2018.
Komen