Pusat Dagangan Dunia Hong Kong terbakar, 12 masuk hospital


Seramai 12 orang dimasukkan ke hospital selepas kebakaran besar berlaku di Pusat Dagangan Dunia di Hong Kong pada tengah hari Rabu. – Gambar AFP, 15 Disember, 2021.

SERAMAI 12 orang dimasukkan ke hospital selepas kebakaran besar berlaku di Pusat Dagangan Dunia di Hong Kong pada tengah hari Rabu, menurut kerajaan Pentadbiran Khas Wilayah Hong Kong.

Kebakaran bermula di pusat beli-belah dan kompleks menara pejabat di daerah Wan Chai pada 12.37 tengah hari waktu tempatan dan amaran penggera bertambah ke tahap tiga pada 1.03 tengah hari waktu tempatan, lapor Xinhua.

Anggota bomba menggunakan dua jet dan dua pasukan dilengkapi alat pernafasan dikerahkan ke lokasi kejadian. – Bernama, 15 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen