ENAM wanita semalam memfailkan tuntutan saman terhadap tesla, mendakwa menjadi mangsa budaya gangguan seksual di kilang pengeluar kereta elektrik itu dan pejabatnya, yang termasuk sentuhan, ejekan dan hukuman kepada mereka yang membuat aduan.
Saman itu – difailkan hampir sebulan selepas dua yang lain sebelum ini – menambah kepada kontroversi di kilang Fremont di kawasan San Francisco Bay di mana berlaku kes tuntutan saman seorang bekas pekerja kulit hitam yang menerima pampasan AS$137 juta dalam kes rasis.
“Kilang Tesla umpama tapak pembinaan zaman dulu kala atau asrama kolej, bukannya seperti syarikat besar di tengah San Francisco Bay,” kata salah satu tuntutan saman.
Tesla belum memberi respons dan komen berkenaan tuntutan itu.
Enam tuntutan saman berasingan itu difailkan pada Selasa di mahkamah di California, mendakwa rakan sekerja atau penyelia melakukan gangguan seksual kepada wanita, dengan mengulas tentang tubuh mereka, dan dalam sesetengah kes turut menyentuh wanita dalam cara tidak wajar.
Lima daripada pekerja wanita dalam tuntutan baharu itu bekerja atau pernah bekerja di kilang Fremont, sementara seorang lagi bertugas di pusat khidmat di selatan California. – AFP, 15 Disember, 2021.
Komen