Bicara kes Najib-1MDB tidak diadakan secara hibrid


Hailey Chung Wee Kye

Perbicaraan kes 1MDB Bhd-Tanore membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak di mahkamah akan bersambung semula pada Khamis. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Disember, 2021.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan perbicaraan kes rasuah Najib Razak membabitkan nilai RM2.28 bilion tidak akan diadakan secara hibrid ketika bekas perdana menteri itu menjalani kuarantin kendiri Covid-19.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan pihak pendakwa untuk mengadakan perbicaraan secara hibrid hingga Najib tamat kuarantin esok.

“Selepas mempertimbangkan hujahan lisan kedua-dua pihak dan melihat kepada perkara ini, saya memutuskan tidak mengadakan prosiding secara hibrid, tetapi saya tidak menolak melakukannya pada masa akan datang,” kata hakim hari ini.

Perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd-Tanore di mahkamah akan bersambung semula pada Khamis untuk sehari.

Empat tarikh ganti turut ditetapkan bulan depan iaitu 5, 6, 26 dan 27 Januari. – 14 Disember, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen