Kanada mohon maaf gejala salah laku seksual dalam tentera


Menteri Pertahanan Kanada Anita Anand mohon maaf susulan perbuatan salah laku seksual yang berlaku secara meluas dalam pasukan tentera. – Gambar AFP, 14 Disember, 2021.

MENTERI Pertahanan dan Ketua Staf Pertahanan Kanada Anita Anand memohon maaf susulan perbuatan salah laku seksual yang berlaku secara meluas dalam pasukan tentera, berkata Ottawa gagal melindungi anggota tenteranya.

“Saya memohon maaf kepada anda bagi pihak kerajaan Kanada,” kata Anand dalam satu program yang disiarkan secara langsung di media sosial.

“Kita perlu mengakui kesakitan dan trauma ditanggung ramai orang kerana institusi dipertanggungjawabkan untuk melindungi serta mempertahankan negara kita tidak selalu melindungi serta mempertahankan anggotanya sendiri,” katanya

Permohonan maaf itu sebahagian daripada penyelesaian melalui tuntutan difailkan terhadap kerajaan oleh hampir 19,000 anggota tentera yang masih berkhidmat dan bersara, serta pekerja pertahanan awam.

Ia susulan beberapa pegawai kanan berdepan siasatan salah laku seksual, termasuk bekas ketua staf pertahanan Jonathan Vance yang didakwa menghalang keadilan dalam siasatan itu.

Ketua Staf Pertahanan Jeneral Wayne Eyre ketika menyampaikan ucapan berkata dalam kalangan tentera, “kepercayaan boleh bermaksud perbezaan antara hidup dan mati… dan kami mengkhianati kepercayaan itu.” – AFP, 14 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen