18 maut, 25 cedera nahas bas di Ecuador


SEKURANG-KURANGNYA 18 orang terbunuh dan 25 yang lain cedera dalam kemalangan sebuah bas penumpang di kawasan Sucua wilayah Amazon Morona Santiago di selatan Ecuador, lapor Perkhidmatan Keselamatan Bersepadu ECU 911 pada Ahad.

Kemalangan itu berlaku pada malam Sabtu di Huambi, apabila bas yang melintasi laluan Macas-Loja itu terbabas dan terbalik, lapor Agensi Berita Xinhua memetik kenyataan agensi itu.

“Mayat dipindahkan ke rumah mayat Sucua,” katanya sambil menambah 25 mangsa yang cedera, termasuk kanak-kanak dan dewasa, dibawa ke beberapa hospital tempatan.

Bantuan segera dikejarkan dengan anggota dari pelbagai institusi bantuan dan unit penyelamat bomba bergegas ke tempat kejadian.

Anggota Perkhidmatan Siasatan Kemalangan Trafik dan Jenayah juga tiba untuk menjalankan siasatan. – Bernama, 13 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen