1 maut, 13 cedera insiden tembakan rambang di Texas


Seorang individu melepaskan tembakan sambil memandu kenderaan yang menyebabkan seorang maut dan 13 cedera di Texas. – Gambar EPA, 13 Disember, 2021.

SEORANG maut manakala 13 yang lain cedera dalam kejadian tembakan rambang di sebuah majlis di Baytown, dekat Houston, Texas, pada Ahad, menurut pihak berkuasa.

Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital dan tiga yang cedera dilaporkan kritikal, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik akhbar Houston Chronicle.

Syerif Harris County, Ed Gonzalez, berkata penyerang itu melepaskan tembakan sambil memandu kenderaan.

Seorang daripada mangsa yang cedera mungkin kanak-kanak, kata Gonzalez.

Media tempatan melaporkan majlis itu diadakan oleh seorang wanita sempena memperingati kematian anaknya yang dibunuh beberapa minggu lalu. – Bernama, 13 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen