Bicara kes 1MDB tangguh tunggu keputusan ujian Covid-19 Najib, Shafee


Hailey Chung Wee Kye

Status MySejahtera Najib Razak pagi tadi menunjukkan beliau orang di bawah pengawasan, manakala peguamnya Muhammad Shafee Abdullah menunjukkan status kontak kasual. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 13 Disember, 2021.

PERIBICARAAN 1Malaysia Development Berhad (1MDB)-Tanore membabitkan Najib Razak yang dijadual berlangsung hari ini ditangguhkan sementara menunggu keputusan ujian Covid-19 bekas perdana menteri itu dan peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah.

Seorang lagi peguam Najib, Hariharan Tara Singh memberitahu Mahkamah Tinggi, status yang tertera pada aplikasi MySejahtera Najib menunjukkan beliau orang di bawah pengawasan (PUS). 

MySejahtera Shafee pula pamer status kontak kasual, kata Hariharan.

Najib dan Shafee tidak dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah susulan status mereka itu. 

Pasukan pembelaan dan pendakwaan berhujah di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bagaimana untuk meneruskan perbicaraan sebelum Sequerah kemudian putuskan ia ditangguhkan, serta mengarahkan Najib dan Shafee menjalani ujian Covid-19.

Pembelaan berharap perbicaraan disambung semula pada Khamis, manakala pendakwaan memohon prosiding dijalankan secara hibrid.

Hakim Sequerah berkata perbicaraan akan bersambung semula jika hasil ujian Covid-19 Najib dan Shafee negatif dan status MySejahtera mereka bertukar kepada “tiada gejala”.

“Kita akan teruskan daripada membuang masa di sini,” katanya.

Saksi pendakwaan ke 12 dan 13, iaitu bekas pegawai ekskutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman dan bekas ketua pegawai kewangan  1MDB Azmi Tahir dijadual untuk disoa balas pembelaan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan kepada hakim dua saksi pendakwaan, bekas pengerusi 1MDB Mohd Bakke Salleh dan pembantu Najib, Wan Ahmad Shihab Wan Ismail, tidak dapat hadir ke mahkamah minggu ini.

Akram kemudian mencadangkan supaya prosiding dijalankan secara dalma talian, seperti perbicaraan kes rayuan Najib bagi kes SRC International minggu lepas.

Peguam Rosmah, Jagjit Singh memaklumkan kepada Hakim Mohamed Zaini Mazlan status MySejahtera anak guamnya masih tidak berubah sejak minggu lepas, dan memohon maaf kerana perbicaraan terpaksa ditangguhkan lagi.

Hakim Sequerah berkata perbicaraan akan bersambung semula jika hasil ujian Covid-19 Najib dan Shafee negatif dan status MySejahtera mereka bertukar kepada “tiada gejala”. – 13 Disember, 2021. 

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen